Wednesday, December 29, 2010

Oh 2010!!! Oh 2011!!!

Salam… lama x update al maklum la kesibukan terlampau sejak dua menjak, yg x penah nak settle.. sedar2x lg 2 hari dah nak masuk tahun baru 2011... oh tidakkkkkk!!!!! Leh tak undur balik masa?????... oh tidakkkk!!!!! Dah tentu la tak boleh... oh tidakkkkk!!!! Mcm mane nie??? Tak sangka umur aku dah nak masuk 3* oh tidakkkkk!!!!! Rasa cam muda lg... hakhakhakhak.. tp ape la sgt pada angka ye... oh tidakkk!!! Xleh tima kenyataan.. huhuhuhuhu..

Sepanjang 2010 nie 10 perkara yg bole dibanggakan oleh diri aku sendiri ialah :

1. Settle masalah blacklist aku... **kalu x gelap masa depan aku.

2. Settle utang moto aku... **menjadi harta mutlak.

3. Dapat naik gaji 30%... **tapi tetap xcukup.

4. Jadi org kepercayaan bos aku. **hahahahaha

5. Dah settle utang posa aku tahun nie... **bangga giler beb!! Alhamdulillah

6. Berjaya wat simpanan setelah dipaksa oleh pegawai bank.. ** tuk ari tua aku.

7. Naek ”menatang” kat sunway piramid tu.. **takut nak mampus tp aku beranikan diri gak walaupun menitik airmata chumel aku... Hahahaha

8. Aku leh ………….. Dengan jayanye… **perkara nie terpaksa dirahsiakan atas sebab2 yg sengaja aku xnak ckp… bior aku je taw!!!! Hahahahahaha

9. Memaafkan org yg paling menyusahkan idop aku… **akhirnye idop aku lebih bermakna.

10. Terlahir la ”baby” WUF aku... **setelah bertahun aku tggu... Akhirnyeee.


Paling tak best sepanjang 2010 nie ialah :

1. Berat badan naik dengan begitu jayanye.. **hahahahaha

2. Bertambah satu lg utang.. **nak beli cash xmampu.

3. Abis duit simpanan.. **xpe la, “baby” punya pasal.

4. Wat keje part time, jadi ah long.. **kepada sesiapa yg berkenaan.

5. Nak meninggalkan angka 20an.. **oh!!! Tidakkkk.

6. ”baby” telah dilukai.. **kuang ajarnye manusia.. Pendengki!!!!

7. Mak n abah xcident..**mujur xde ape2x.. Alhamdulillah sgt.

8. Ramai kenalan terdekat jatuh sakit secara mengejut… **korang semangat kuat, sekejap je dah leh recover balik..

9. Budget nak kawin tahun nie.. Tp xkesampaian.. **lum jodoh.. Huhuhuhu

10. Xxxxxxxxx perkara paling aku xsangka.. **ape salah aku?????

Tuesday, December 21, 2010

Menguap tandanye????

Salam.. Menguap tandanye???? pe lg ngantuk ler, tp aku boringgggggggggg........giler sungguh ari nie dr pg td mata aku asyik mengantuk je,,, tp bila time makan ok kejap... huhuhuhuhu.. pg td aku gi bwk nenek a.k.a bos aku gi check up, terpaksa la aku jadi PA dia kejap sementara nak tunggu second bos aku masuk keje balik.. sepanjang ari yg sgt membosankan, tambah2 bila dgr berita yg amat tidak menyenangkan.. arghhhhhhhh.. emosi aku ari nie!!! ana balik ari nie, ingat baru nak ajak dia tgk wayang.. aduh!!! bila nak kul 5 nie... ok la korang.. aku chow cendol la dulu.. adiossssss

tgk baby nie pon memahami aku...




Friday, December 17, 2010

Adoiii!!!! Mak Limah syg...

Salam.. mggu nie cam sibuk la cikit.. ari nie mujur sempat nak menekan2kan keyboard aku nie.. Ana ade kat umah aku,, pe lg cam rasa nak mengedik je la keje nye.. huhuhuhu.. org kaya tu asyik nak bshopping je keje nye.. mujur la aku nie kuat iman tuk turut terpengaruh ngan hobi giler dia tu... tp esok aku rasa cam nak gi tgk arr movie.. lama x layan,, nak tgk cite HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH.. cam kelakar je.. nak pulak mamat khalid yg wat, mesti cam giler kelakar.. tgk la kalu sempat sok leh la layannn... tiah ngan mimi xjadi plak dtg KL,, nak ambik lesen kete katanye,, elok la kome,, idak ler nyusahkan kami soh anta sana sini.. dah de lesen, bwk ler sendiri nnt.. aje kembang ler idung tiah tu.. kan??kan?? akak taw.. kembang atas bwh... hakhakhakhak.. pe pun sblm ana balik bidor aku nak gak ajak dia gi tgkk cite tu... nak gi.. nak gi.. tp duit kering.. Ana!!!!! hanya ko je yg paham ape yg harus ko lakukan................. ^ _ ^


mesti syokkkk

** ~~ Adoiii!!! mak limah syg.. mak limah kaki temberang... ~~~ lagu sapa ye nie!!! aku ilang ingatan, ce cuba ingatkan aku cikit...

Monday, December 13, 2010

Jika Benar Dia Mencintai Kamu..

 Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.

 Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.

 Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.

 Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.

 Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya. Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan ‘aku CINTA padamu’ tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.

 Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

 Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

 Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

 Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

 Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.

 Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.

 Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.

 Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

 Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.

 Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!

 Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.

 Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.
**
**
** ^_^
**
** wahhhh!!! jiwang aku ari nie.. aku copy kat blog cinta sape tah!! tak ingat.. sori lor.. saje tuk diri sendiri je.. adakah couple anda seperti yang diatas?????? sila jawab... hahahahahaha

Friday, December 10, 2010

Esok Cuti yeay!!yeay!!

yihaaaaaaaaaaa... esok cuti nak rest giler gaban.. kalu x asyik weekend je xde kat umah.. alamakkk!! duit "baby" lum byr.. malehh nye nak gi bank, nak online kena potong 2 hengget lak.. aje bakhil tul aku.. 2 hengget pun nak bkira.. ahhh duit aku, aku punya suka la ye takk??? hahahahaha.. subuh td pecah rekod aku bgn memasak.. hahahaha cam tak caya lak aku,, aku skang dah bwk bekal mkn kat opis, latihan sblm menjadi seorg isteri solehah.. hakhakahkah lawak..lawak.. tetiba skang jd rajin, sambil tu leh jimat duit,.. esok tuan umah nak dtg umah pulak ye!! aduh tak dpat la nak tido sampai lebam nampaknye... ermmm boringggg la camni.. ok la aku nak kemas meja aku nie yg dah cam tempat pelupusan sampah dah.. pe pun kita continue monday nnt.. chowwww babe....

Thursday, December 09, 2010

Tahniah.. Tahniah

Wah!!! ramainye yg kawin musim nie,, so banyak la jemputan.. so sblm aku cite pepanjang aku nak ucapkan tahniah kat my sepupu nana n husband dia yg telah selamat menjadi suami isteri pada mggu lepas.. moga cepat2 dapat anak.. ohhh!! tak lupa gak pada kwn aku yg telah selamat m'langsungkan ptunangan ngan buah hati ko... Tahniah suma.. tahniah kat org je,, turn aku bila lak.. hakhakah insyallah ade jodoh pasti tak kemana.. tul tak??? so korang takyah kecoh2 nak tanya soklan cepumas kat aku.. tp disebalik kegembiraan ini, makcik muslima merangkap pengurus aku telah ditimpa musibah kerana ade pendarahan kepala dan terpksa dibedah ngan segera.. dengan semangatnye yg kuat dia telah selamat tapiiiiiiiii problemnye skang mata dia pulak x nampak.. aduhh!!! sedih sungguh la.. aku doakan dia pulih seperti biasa.. buat masa skang aku terpksa memangku tempat dia sementara dia masuk keje balik.. tp tah bila la dia leh masuk opis... waduh!!!waduh!!! byk keje weiiiii... aku nak cuti pun terpaksa dibekukan... takpe arr,, janji dalam sibuk2 sempat lak aku jenguk2 blog aku nie ye... hakhakahkah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...